Sepanjang pengembaraan kami di Iceland, kos makanan adalah antara kos yang tertinggi ketika mengembara di "Planet Iceland" ini.
Contoh harga makanan di Iceland
- Sebuku roti: lebih kurang RM15
- Epal: RM5–6 sebiji
- Air mineral 500ml: lebih kurang RM4–5
- Set sepinggan nasi di kedai: RM80–120
Harga ini berdasarkan pengalaman trip kami dan mungkin berubah mengikut kadar pertukaran wang dan lokasi.
Cara menjimatkan kos makanan
Kos ini boleh diringankan dengan membawa sedikit bekalan makanan dari Malaysia dan kadangkala memasak sendiri. Dengan mengikuti Trip Iceland Kembara Sufi, kami menyediakan sarapan dan makan malam mengikut itinerary, dan kami turut singgah membeli makanan halal di supermarket. Ini dapat menjimatkan kos para peserta.
Yang lebih penting, kebajikan anda untuk menunaikan solat dan mendapatkan makanan halal sentiasa terjaga sepanjang permusafiran ini.
Berminat? Lihat maklumat Pakej Iceland atau hubungi pejabat Kembara Sufi yang terdekat.
Jom ke Iceland bersama Kembara Sufi
Seat terhad, hanya 8 orang setiap trip. WhatsApp kami untuk tarikh trip, harga terkini dan cara pembayaran.