Makanan halal · Trip jaga solat · Kumpulan kecil 8 orang Pejabat: 03-5523 4498WhatsApp 017-552 4498

Utama / Blog / Apa Itu Aurora?

Aurora

Apa Itu Aurora?

Aurora atau Northern Lights: bagaimana ia berlaku, beza Borealis dan Australis, serta bila waktu terbaik melihatnya.

Pemburuan aurora sememangnya menjadi impian ramai pengembara. Aurora, atau lebih dikenali sebagai Northern Lights, biasanya boleh dilihat di tempat yang jauh daripada litupan awan dan di kawasan yang sangat gelap.

Bagaimana aurora berlaku?

Aurora berlaku apabila zarah-zarah dari matahari memasuki atmosfera bumi dan bertembung dengan atom gas. Pertembungan ini menghasilkan cahaya berwarna-warni yang kelihatan menari di langit malam.

Aurora Borealis dan Aurora Australis

Aurora sebenarnya terbahagi kepada dua: Aurora Borealis berlaku di latitud utara bumi, manakala Aurora Australis berlaku di latitud selatan.

  • Aurora Borealis boleh dilihat di Iceland, Scandinavia, Alaska dan utara Kanada
  • Aurora Australis boleh dilihat di New Zealand, Antartika dan selatan Amerika

Bila waktu terbaik melihat aurora?

Di Eropah, aurora mudah dilihat bermula musim luruh hingga musim sejuk, iaitu dari pertengahan September hingga hujung Mac. Inilah sebabnya trip Iceland kami dijadualkan dalam tempoh ini.

Dapat bergambar dengan aurora merupakan satu keajaiban dan kenangan yang cukup indah bagi setiap pengembara.

Jika anda ingin melihat aurora di Iceland, jemput bersama kami meneroka Iceland dengan Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd. Lawatan mencari aurora termasuk dalam itinerary Pakej Iceland kami.

Jom ke Iceland bersama Kembara Sufi

Seat terhad, hanya 8 orang setiap trip. WhatsApp kami untuk tarikh trip, harga terkini dan cara pembayaran.

Telefon WhatsApp