Apa Itu Aurora?

Pemburuan aurora sememangnya menjadi keinginan semua pengembara di luar sana. Aurora atau biasanya dikenali sebagai Northern Lights biasanya boleh dilihat di tempat-tempat yang jauh daripada litupan awan dan kawasan yang sangat gelap. Aurora berlaku apabila zarah-zarah dari matahari memasuki atmosfera bumi dan bertembung secara agresif dengan atom gas.

Aurora sangat mudah dilihat di lokasi-lokasi seperti di Iceland, Scandinavia, Alaska dan bahagian utara Kanada. Aurora sebenarnya terbahagi kepada 2 yakni Aurora Borealis dan Aurora Australis.

Aurora Borealis ialah aurora yang berlaku dalam latitud utara bumi manakala Aurora Australis berlaku di latitud selatan bumi. Aurora Borealis dapat dilihat di Iceland, Scandinavia, Alaska dan bahagian utara Kanada manakala Aurora Australis dilihat di negara seperti New Zealand, Antartika dan Selatan Amerika.

Mesti anda tertanya-tanya bila waktu sesuai melihat aurora bukan? Di eropah misalnya, aurora mudah dilihat bermula musim luruh sehingga musim sejuk yakni bermula pertengahan september sehingga hujung bulan mac. 

Sememangnya dapat bergambar dengan aurora merupakan satu keajaiban dan kenangan yang cukup indah bagi semua pengembara. Jika anda ingin melihat aurora di Iceland, jemput bersama kami meneroka Iceland dengan Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd

1 thought on “Apa Itu Aurora?”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top